Tuesday, October 20, 2009

Karipap (Curry Puff)



Ini yang paling tak sangka sekali. Coz sebelum ni memang aku rasa susah sangat nak buat karipap. Kadang2 rapuh. Rupa2nya memang senang sangat nak buat karipap. Itupun pergi blaja dgn Yati Rizal masa mula2 baru sampai dekat Qatar ni. Zana pun join sekali. Kalau inti tu memanglah tak kisah nak pakai resipi yg mana, just kulit karipap ni kena faham n tahu betul2. Sampai sekarang aku boleh dikatakan oklah kalau buat karipap. Apatah lagi masa balik Pee Dee adik kahwin bulan 7 yg baru lepas ni, mak aku suruh buat. Kelakar betul. Yang tak syok nyer bila dh buat banyak2, susah ckit nak ambil masa nak goreng so aku decide goreng sikit separuh masak then baru letak dlm fridge...Itu yg aku buat sampai sekarang...Simple jer resipi Yati ni, lets check it out.



Kuah kacang nasi himpit



Nasi himpit n kuah kacang memang favourite aku sefamily. Selalu juga buat tapi tak sempat nak snap foto, so kebetulan Zana Remboe ada buat openhouse and dia minta tolong buatkan kuah kacang ni, apalagi ambil peluanglah snap foto sementara ingat. Resipi ni dapat dari mak Pee Dee. Diselitkan dengan petua Nor Batman kata letak gula nisan n serai banyak untuk rasa lebih sedap. Memang sedap...Resipi mak memang dah sedap....heheheh...tambah pulak dgn petua si Nor...Pada aku memanglah sedap..perasan sendiri tak tahulah orang lain...Nak try ada resipi diattachkan....Have a nice try



Sardin Roll



Sorry! nak tahu tak, nasibaiklah tinggal 2 lagi kalau x mmg x sempat nak snap....heheheh...Kuih ni jadi suka lepas jer K.Zi Amir (glamer tu) bagi masa aku buat 2nd openhouse masa raya lepas. Try cari dlm internet, everything is ok just masa nk gulung tu yg fail so that's why kalau telek2 mmemang ada besar ada kecil...heheheh...takpe lepas ni pegi blaja gulung dgn K.zilah...



Popia basah n popia goreng




Memang suka sangat dengan popia basah. Sebelum datang ke bumi Qatar ni memang tak pernah buat sendiri. Beli jer. Dah teringin sangat nak makan, that day call Along(not Ah Long) tanya macamana nak buat dari inti hinggalah ke kulitnya. Coz Along ni memang catering masak memasak. Kalau bab2 kuih ni memang tererlah. Yang bestnya popia basah ni aku sorang jer yg suka makan, anak2 prefer popia goreng including cik abang aku. Balik Pee Dee yg baru lepas aritu, aku buatlah byk2 coz senang sikit kalau tetamu datang kebetulan ada majlis kahwin so bolehlah hidangkan pada orang dtg menolong. Mak aku cakap, ada orang bgtau yg popia tu sedap...ehem..ehem...tersedak cik abg aku kalau dia baca entry ni...heheheh....Tapi gmbr popia basah lupalah nak snap...nnti letak...Trylah buat.



Pau goreng






Lama tak buat kuih ni. Busylah konon. Kuih ni memang favourite anak2 ku. Suka sangat2. Tapi kuih ni separa masak coz nak letak dlm fridge. Nak makan boleh goreng bila-bila. Entah macamana aku ni terdatang mood nak buat kuih ni kebetulan inti kacang merah ada lagi so aku pun mulalah menguli. Kuih ni senang jer buat just aku jer ada vitamin M yg banyak kadang2 n terganggu dgn routine as a crafter n tailor...ahaks...Entah macamana sedang isi kuih pau ni, tengok2 inti habis dah tapi adunan banyak lagi so with pleasure aku pun buatlah inti kelapa. Kebetulan kelapa parut yang Zana bagi aritu ada sepaket so aku pun mula dengan aktiviti yg sepatutnya. Lama jugalah nak tunggu inti kelapa tu kering so aku spend time with my routine as usual. Pau goreng ni aku ambil kelas dengan Kak Gayah yang memang tokey kek n roti n kuih.

Inti kacang ambil dengan K.zi Amir n inti kelapa minta dengan mak Pee Dee. Yelah sebelum ni mana pernah buat. Bonus untuk yang buat pau goreng coz adunannya boleh juga untuk buat mini pizza (my favourite), donut, roti paung(org Trg) n burger Msia.



Roti Lapis Daging




Kuih ni nampak mcm puding pun ada, mcm bingka pun ada tapi sebenarnya bukan. Ini ialah roti lapis daging. Start suka makan masa pergi rumah K.Zi Amir Alhaya...sedap gilerr....bau pun best...apalagi muka tak malu minta resipilah. banyak kali dah buat tapi kadang2 cheese keraslah, kadang2 yg bawah x masak sangatlah...tapi yang ni mcm ok jer....

Bahan:

- 3 biji kentang di potong dadu
- 500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Sedikit margerin untuk melenser


Cara-cara:

- Blend bawang+bawang putih
- kemudian panaskan minyak dan tumis bawang
- serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
- Satukan Susu+telor+secubit garam
- Pukul susu+telor+garam hingga sebati
- Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
- Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
- lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
-Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
- Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
- Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
- Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
- Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut sukaJika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos


P/s: - tak nak blend bwg merah pun takpe, potong dadu dan roti tu bule ikut suka banyak mana



Wednesday, October 14, 2009

Bubur Lambuk




Harini baru berkesempatan untuk membuat bubur lambuk version Qatar. Just letak daun kesum saja, daun2 yg suppose kena letak tiada di bumi Qatar ini, so kena balik Terengganu lah kalau nak pakai daun ni...dekat Pee Dee ada x? Tak tahulah pulak....Bubur lambuk ni buat lah jugak coz si Ina Klot ni mcm mengidam nak makan bubur lambuk..Ada juga 2,3 kali dia pesan. Wpun tak sesedap orang Trg masak but still ok...Kejap lagi Lina Qatar Airways nak datang ambil baju, memang rezeki dia lah nak rasa bubur lambuk org Pee Dee buat...hehehe...Nak resipi nya?Resipi ni dapat dari Ely, jiran depan rumah...Here goes,


Bahan:

1 pot beras
3 pot air
1 pot santan
2 sudu besar bwg besar n putih
3 sudu besar lada hitam (bule tambah utk lebih sedap)
2 ekor ikan selar (direbus n diambil isi)
1 keping gula melaka
garam
1 sudu kecil jintan manis (optional)
1 sudu kecil jintan putih (optional)
daun kesum yg secukupnya


Cara:

Rebus beras dgn air, Bila nampak jadi nasi letak bawang n lada hitam n jintan2 tadi, Kacau n letak ikan n gula melaka, Bila dah menggelegak baru letak santan, Bule jugak diletak kan daun kesum. Kemudian letak garam.



Monday, October 12, 2009

Kuih lopes



Inilah dia kuih lopes, kalau takde resipi yg betul x jadi juga. Maybe lembik sikit, tak sekata pulut pun ada dan macam2 lagi. Dulu kat P.Dickson, memang mak selalu buat, yang makan hanya aku sorang jer....tapi kat sini buat luckily si Haikal suka sangat makan compare to yang lain2...Mintak resipi kat mak, jauh sangat nak call, tanya si Noreen wife Rambo al haya...Ini dia resipinya:

Bahan2:

1 pot beras pulut
1 1/2 pot air
garam secubit
Pewarna hijau n daun pandan
Gula melaka 2 keping direbus dengan secawan air


Cara:

- Tanak beras pulut dgn air dicampur dgn garam, pewarna n air daun pandan blender.
- Dah kering air, keluarkan pulut tadi ke dalam bekas untuk ditekan supaya mampat...tekan dengan plastik.
- sudah sejuk sedia dimakan dengan air gula melaka.


Hari ini ada openhouse di rumah Peah, nak bawa kuih ni jer coz nak buat yang lain tak sempat dah....