Thursday, December 31, 2009

Mee kuning


Susah sangat nak makan mee kuning, kalau tak kena order dengan K.zi Al Haya. Al Haya n Merqab tu taklah jauh sangat tapi nak sampai sana tu macam malas je. Tapi K.Zi ni memang ada ambil order n hantar ke rumah tapi macam kesianlah pulak...hehehe...
So, the other choice kenalah buat sendiri walaupun malas yang teramat sebab mesin ni kadang2 mood ok kadang2 tak ok...nasib x baik rosak terus.......setakat ni dah beli 2 mesin...harap2 dapat bertahanlah.
Dapatlah anak2 dan suami makan mee rebus kegemaran mereka.

Senang je, dapat resipi dari my resipi.Macam2 resipi ada tapi malas nak cuba banyak2 so stick to this one je.

Bahan:
500g tepung gandum
sebiji telur
pewarna kuning
air 220ml (campur dgn telur cukupkan 220ml, ingat tu)

Cara:
Blender telur, air n pewarna.
Pastu gaul dgn tepung macam buat karipap.
Pastu mesin pakai mesin mee
Then rebus dlm air panas yang telah dicampurkan minyak. (Better jerang air dulu uli, kalau x nnti lambat)
Sekejap je rebus nnti dia kembang sangat.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment