Tuesday, October 20, 2009

Roti Lapis Daging




Kuih ni nampak mcm puding pun ada, mcm bingka pun ada tapi sebenarnya bukan. Ini ialah roti lapis daging. Start suka makan masa pergi rumah K.Zi Amir Alhaya...sedap gilerr....bau pun best...apalagi muka tak malu minta resipilah. banyak kali dah buat tapi kadang2 cheese keraslah, kadang2 yg bawah x masak sangatlah...tapi yang ni mcm ok jer....

Bahan:

- 3 biji kentang di potong dadu
- 500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Sedikit margerin untuk melenser


Cara-cara:

- Blend bawang+bawang putih
- kemudian panaskan minyak dan tumis bawang
- serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
- Satukan Susu+telor+secubit garam
- Pukul susu+telor+garam hingga sebati
- Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
- Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
- lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
-Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
- Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
- Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
- Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
- Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut sukaJika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos


P/s: - tak nak blend bwg merah pun takpe, potong dadu dan roti tu bule ikut suka banyak mana



No comments:

Post a Comment