Thursday, December 31, 2009

Mee kuning


Susah sangat nak makan mee kuning, kalau tak kena order dengan K.zi Al Haya. Al Haya n Merqab tu taklah jauh sangat tapi nak sampai sana tu macam malas je. Tapi K.Zi ni memang ada ambil order n hantar ke rumah tapi macam kesianlah pulak...hehehe...
So, the other choice kenalah buat sendiri walaupun malas yang teramat sebab mesin ni kadang2 mood ok kadang2 tak ok...nasib x baik rosak terus.......setakat ni dah beli 2 mesin...harap2 dapat bertahanlah.
Dapatlah anak2 dan suami makan mee rebus kegemaran mereka.

Senang je, dapat resipi dari my resipi.Macam2 resipi ada tapi malas nak cuba banyak2 so stick to this one je.

Bahan:
500g tepung gandum
sebiji telur
pewarna kuning
air 220ml (campur dgn telur cukupkan 220ml, ingat tu)

Cara:
Blender telur, air n pewarna.
Pastu gaul dgn tepung macam buat karipap.
Pastu mesin pakai mesin mee
Then rebus dlm air panas yang telah dicampurkan minyak. (Better jerang air dulu uli, kalau x nnti lambat)
Sekejap je rebus nnti dia kembang sangat.

Selamat mencuba

Friday, December 11, 2009

Keropok lekor



Memang betul zu bukan orang Terengganu tapi cuba sedaya upaya utk try jugak buat kepok lekor....al maklumlah cik abang org Terengganu. Kepok lekor dah byk kali buat tapi tak sesedap kepok lekor Losong....but at least duduk kat Qatar ni bule juga rasa2 kepok lekor ni. Tapi aritu buat kepok keping memang out terus coz kepok keping patutnya hiris nipis2...yg ni nak makan lepas goreng pun confirm org gigi palsu tercabut terus...next time kena hiris nipis2....Resipi ni dapat dr Kak Rozi Dungun. Thanx a lot.

Kuih Bakar


Lama x update kitchen blog ni, byk yg dh snap foto just takde free time nak post. Ini kuih bakar yg diambil resepi dr blog http://shariza8272.blogspot.com/  x letak bijan je sbb no stock bijan masa nk buat ni.....ada banyak lagi resepi yg quite good kat blog isha...yg best nasi ayam dia simple jer....